Thursday, January 14, 2010

Bekalan petrol bagi kegunaan menghidupkan janakuasa untuk semua sekolah pedalaman tidak disambung menyebabkan tindakan drastik dengan mencatu bekalan elektrik selama 12 jam sehari. Aku sudah tidak berapa mengharap bantuan kerajaan akan tiba kerana jika tidak silap aku telah berlaku pengurangan bajet sebanyak 2 bilion untuk sektor pendidikan pada tahun ini (sesuatu yang tidak patut dilakukan jika sesebuah kerajaan mahu kekal lama). Baharu sahaja hendak hidup senang setelah menghadapi kemarau yang panjang ada pula masalah yang lain, namun jika semua staf sanggup berkongsi petrol ia akan dapat diselesaikan dengan baik.
-
Jika tahun lepas aku mendapat wayang free apabila nenek Joshua masuk ke kelas aku dengan berkemban sahaja tahun ini lain ceritanya pula. Stefni murid tahun 1 yang asyik menangis langsung tidak mahu berenggang dengan ibunya hingga memaksa ibunya seharian di dalam kelas sewaktu P&P dijalankan. Masalah mula bermula bila ibu Stevny (yang 10 tahun lebih muda daripada aku) menyusukan badan kepada adiknya di dalam kelas!.

1 comment:

onnie said...

hahahahahahahha......
sabar ckgu ye, sabar....!