Friday, August 11, 2006

Anak mummy, anak sulong, anak bongsu, anak dara dan anak saudara si polan telah menghadirkan diri untuk temuduga yang dilangsungkan semalam, cuma anak tunggal seperti bekas tunang aku sahaja yang tiada. Bila diperiksa sebenar-benarnya jumlah calon yang sembilan itu cuma seorang calon sahaja yang bukan kroni ataupun sepupu-sepapat, ipar duai, adik beradik pekerja di syarikat ini. Nampaknya Haji telah berjaya menyenaraikan tiga calon pilihan yang sedap mata memandang dan menepati ciri-ciri yang diperlukan. Siapakah yang akan menjadi pilihan di hati Haji, sehingga Haji terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan tawaran pekerjaan kepada mereka untuk sehari dua lagi atau mungkin berminggu-minggu. Jika aku, sudah tentu aku memilih gadis Teluk Intan anak sulong kepada lima beradik itu sebagai isteriku jika diberi peluang oleh Dewata Mulia Raya.

No comments: