Friday, August 04, 2006

Banyak pula lontaran pendapat yang diterima kerana perlakuan tidak acuh saya membalas kiriman utusan berbaur nasihat daripada Filla sebagai jual mahal. Bukannya saya jual mahal, memang sudah begitu habitat saya yang memang agak perlahan dalam menjalin perhubungan rasanya agak susah hendak mengubah habitat ini. Satu perubahan yang baik iaitu tanpa didesak oleh sesiapa saya telahpun menghubungi Filla semalam untuk bertanya khabar yang sedang bertapa di rumah kakaknya di Sg. Sumun Bagan Datoh berhampiran betul dengan rumah Tuan Kadhi Hj. Kamari yang merangkap sebagai bapa saudara kandungku. Rasanya agak susah pula untuk menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja waima Mat Khairi sendiri kerana jadual ketat seperti seorang ahli parlimen lagaknya, mungkin selepas ini kena kurangkan sedikit aktiviti mengikut keperluan semasa. Mat Khairi tanpa diminta bersuara tidak bersetuju dengan aku bila mahu berkenalan dengan gadis Sarawak kerana jauh katanya, aku yang angin satu badan menyanggah kata-katanya dengan menyuruh dia diam.

No comments: