Tuesday, August 29, 2006

Mengaku juga akhirnya

Encik Fuzairi dan isterinya membawa aku menyantap di Chicken Rice Shop Mid Valley sebagai meraikan kejayaan aku keluar daripada rumah sakit sabtu lepas dan seterusnya mengakui memang mereka cukup nakal dengan cuba menjodohkan aku dengan Ita semasa makan Nasi Lemak di Jalan Sulaiman Kg.Baru bulan lepas yang aku rencanakan dalam tajuk Mawarindu, rupa-rupanya mereka cuba menjadi ejen jodoh aku untuk zon Pantai Timur. Dalam menikmati kesedapan makanan yang terasa hingga ke tulang sum-sum, tiba-tiba aku disapa manja oleh seorang gadis yang membuatkan lelaki Taurus yang mudah jatuh cinta ini terus perasan. Gadis seksi diberi nama Morlis itu sebenarnya pernah menjadi onar antara Encik Azam dan Encik Fadhli yang berebut-rebut mahu membaiki komputernya, cuma bertumbuk sahaja yang belum. Gadis yang sudahpun bertudung itu begitu banyak soalannya dan sudah tentu soalan maut iaitu bila mahu berdua itu keluar sambil disambut dengan senyuman dan jawapan tipikal iaitu belum ketemu jodoh lagi.

2 comments:

fadzil said...

aku ingin sekali menjadi agen jodoh kamu di zon ulu kelang

Maswafi Abd Samat said...

Boleh sekali kawanku!!!!amatlah dialu-alukan