Wednesday, August 09, 2006

Ditahan lagi

Dalam perjalanan pulang selepas menyantap di Restoran Nasi Lemak USJ 14 bersama Zubir dan Su malam tadi tiba-tiba kami di tahan polis berpakaian preman yang menaiki van Mercedes putih, rasanya inilah baru pertama kali di tahan mata-mata gelap yang sebenarnya cuma menjalankan rutin mereka. Mujur sahaja tidak diperiksa secara mendalam seperti penjenayah buruan seperti yang dialami di Cheras Ramadhan lalu oleh pegawai polis bersenjata, kalau tidak malu juga aku dengan Zubir dan Su. Entahlah rasanya dah banyak sangat di tahan oleh pihak polis cuma ke lokap sahaja yang belum. Pernah juga polis datang ke rumah di Sungkai pada pukul 1.00 pagi semasa aku bersekolah dahulu kerana menjadi suspek pengedar dadah tapi di halau baik oleh Makcik Mah kerana pihak polis itu mahu menangkap aku berdasarkan laporan lisan orang kampung dan tiada waran pun dikeluarkan. Mungkin ada benarnya kata Wati kekasih pertama aku iaitu muka aku ada ciri-ciri muka perogol bersiri sebab itulah selalu sahaja ditahan polis.

No comments: