Monday, August 14, 2006

Surat buat Encik Danny

From: Maswafi B. Samat
Sent: Monday, August 14, 2006 9:53 am
To: Danny

Encik Danny,

Rasanya sudah dilihat bahawa sambutan yang diterima untuk tiga acara sungguh mengecewakan. Bayangkanlah beberapa pasukan yang terpaksa menarik diri kerana tidak cukup ahli walaupun telah dirayu beberapa kali oleh ketua pasukan mereka. Namun acara itu tetap berjaya diteruskan kerana masih ada beberapa nama yang "gila game" seperti Encik Ramli, Encik Azam, Encik Fazli, Encik Haparizan, Encik Syahril, Encik Syukry mahupun saya sendiri yang akan bermain untuk semua permainan selagi almari di rumah kami tidak roboh akibat beratnya piala yang dikutip. Adakah berbaloi kita mengadakan permainan yang akhirnya menjadi permainan "syok sendiri" yang akhirnya mengundang kontraversi? Saya percaya untuk acara 9 September 2006 ini akan berlaku perkara yang sama. Untuk mencari "sub committe" juga isu yang harus dipandang berat, begitu sukar untuk mendapat kerjasama kerana mereka ialah orang yang sama akan bermain untuk permainan tersebut ataupun mereka takut menerima "nasihat percuma" daripada bos mereka seperti yang dialami oleh saya sendiri. Insyaallah saya tidak akan berputus asa untuk tanggungjawab yang diamanahkan dan akan menyokong segala usaha Encik Danny.

Wafi

No comments: