Tuesday, August 08, 2006

Sirih pulang ke tepak

Sekali lagi Nik Shafini dipindahkan seperti "kucing baru mendapat anak" ke tingkat satu yang amat berjauhan daripada bosnya, pelbagai dalil yang diberi seperti untuk memudahkan perjalanan pembayaran oleh pelanggan namun tiada yang dapat memuaskan hati aku. Pelbagai masalah yang timbul jika perkara ini di biarkan antaranya ialah siapakah yang akan memantau pergerakan Nik Shafini yang kuat ularnya yang jika dibiarkan boleh menjadi naga. Jika hendak di harapkan Encik Syahril rasanya lebih jangan, kerana diapun kuat mengular terutama bila bosnya ada urusan luar. Adakah Nik Shafini telah mengmandrem bosnya hingga hilang punca lalu menghantarnya ketempat yang tiada kawalan? Bukankah Nik Shafini dahulu dipindahkan ke tingkat 19 kerana didapati kuat mengular berdasarkan laporan forensik yang disediakan oleh aku kepada bosnya, memindahkan Nik Shafini ke tingkat satu umpama "sirih pulang ke tepak".

No comments: