Sunday, August 20, 2006

Karenah Majlis Perbandaran Klang

Encik Danny telahpun menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan membalas emel saya pada Khamis lepas. Beliau telah memberikan tanda-tanda positif dan nampaknya begitu yakin dan penuh harapan untuk meneruskan segala program yang telah dirancang walaupun masih belum mempunyai formula tertentu untuk menyelesaikan beberapa masalah yang timbul. Melihatkan pendapat daripada yang tidak dikenali, nampaknya kali ini saya perlu menambah aura dengan mungkin bertapa di Gunung Ledang. Itu belum lagi menjawab soalan-soalan maut daripada Sekretariat Larian Klang 2006 yang masih tidak berpuas hati dengan campur-tangan Yang Dipertua MPK sendiri. Mereka telah menghubungi dua kali "mengingatkan" aku supaya datang ke pejabat MPK seperti seolah-olah mahu menyediakan "permaidani merah" untuk aku dan berjanji untuk menyerah baju "T" yang telah dijanjikan oleh Yang Dipertua MPK. Pada fikiran aku mahu sahaja mengajak Tengku yang tinggal di Klang menemani aku sabtu ini, namun bila difikirkan kembali takut ada pula meja yang terbalik dikerjakan oleh Tengku aku batalkan sahaja niat tersebut.

No comments: