Sunday, August 20, 2006


Terdapat desas-desus mengatakan aku mengambil cuti pulang ke kampung kerana melangsungkan pertunangan. Ini adalah satu cubaan nakal untuk menjatuhkan karier politik saya sebagai Timbalan Presiden Orang Bujang Taman Desa. Kepulangan saya ke kampung adalah semata-mata untuk melihat Makcik Mah dan membawanya bersarapan roti canai di kedai Mak Teh sambil melihat anak saudaranya yang seksi itu. Semalam akhirnya Mi anak Pakcik Aloy melangsungkan pertunangan dengan wanita daripada Air Kuning. Aku masih lagi tertanya-tanya bilakah Tengku dan Mak Ngah akan akan melangsungkan majlis pertunangan mereka yang sepatutnya berlangsung pada musim cuti sekolah bulan ini. Tengku bila ditanya soalan mengenai pertunangannya cuba mengelak sebaliknya memberikan aku soalan-soalan anti lelakinya dan kiamat hidup kembali pun dia tidak percaya dengan jawapan-jawapan manis yang dibuat oleh aku iaitu segala tugas seperti memasak, membasuh dan menyidai kain akan dibuat oleh aku jika aku menjadi suaminya. Tiada jawapan juga diperolehi daripada Mak Ngah walaupun emel telah dikirim, mungkin sedang melakukan pengauditan di luar Kuala Lumpur ataupun sedang sibuk sekarang ini di Semua House memborong segala macam barang keperluan pertunangan. Aku cukup hairan kenapa banyak sungguh ucapan selamat berbahagia kepada Datuk K yang sememangnya bahagia itu kerana dapat mengahwini Siti Nurhaliza pada hari ini, bagi aku ucapan itu hanya layak kepada Siti Nurhaliza sahaja kerana sudah tentu Datuk K akan bahagia berbanding Siti Nurhaliza yang belum tentu nasibnya!.

No comments: