Tuesday, August 01, 2006

Think you can get these people to response? Tall order lah... Tp your efforts is commendable.. --
Posted by Anonymous to maswafi.blogspot.com at 8/01/2006 11:15:43 AM

Terima di atas pujian tahap gaban yang diberikan oleh yang tidak dikenali untuk “Warkah buat MPK” hari ini. Rasanya tidak layak saya untuk menerima pujian itu kerana usaha itu tidaklah seberapa sangat cuma perlukan kertas kosong yang tidak bernilai dan ditulis sesuatu di atasnya dan dihantar melalui laluan mel elektronik yang sememangnya percuma. Bila ditanya bolehkan makhluk itu di MPK memberi tindak balas? Secara jujur saya tiada jawapannya, maka penyelidikan “try and error” mesti dilakukan untuk mendapat jawapan itu dengan menggunakan modus operandi piramid iaitu bermula dengan menghantar surat kepada peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan. Mungkin pujian tahap gaban harus diberikan kepada aku semasa menjadi batu api kepada Makcik Mah (emak aku) dalam masalah persempadanan tanah lot kami di mana modus operandi piramid dilakukan. Ia bermula dengan Penolong Pengawai Daerah Batang, Pengawai Daerah Batang, Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Biro Pengaduan Awam Pulau Pinang (Pusat) dan diperingkat akhir sekarang dengan Tan Sri Tajol Rosli iaitu Menteri Besar Perak. Jika difikirkan tidak mungkin Makcik Mah berjaya melakukan tanpa bantuan gurkha seperti saya untuk semua surat yang dicipta. Pernah juga Encik Nazeri, Ketua Pemuda UMNO di kampung saya meluahkan rasa kesal kerana tidak pernah memikirkan modus operandi piramid seperti yang dilakukan oleh Makcik Mah.

No comments: