Saturday, August 04, 2007

Hari ini aku berada di tingkat 8 Megan Avenue II untuk mempelajari membuat laman web dengan bayaran sebanyak RM397.00 kerana jika hendak meminta tunjuk ajar daripada Azam Orang Minyak ataupun Fadhli sudah tentu aku cuma mendapat hujahan bahawa mereka sangat "terror" membuat laman web hingga aku tidak mendapat tangkap apa yang diajarkan oleh mereka. Mana tidaknya jika untuk kertas C++ mereka berdua cuma mendapat markah D cuma sedikit lebih baik daripada kertas matematik SPM aku. Banyak juga yang aku tidak tahu tentang benda "free" di planet bumi ini rupanya selain daripada sistem operasi Linux, Carian Internet Fire Fox sebenarnya ada perisian "Web Editor" percuma seperti NVU yang hampir menyamai fungsi Microsoft Front Page.

1 comment:

Anonymous said...

You write very well.