24 jam.
Balik kerja jumaat lepas,Bart ajak aku main boling di Mid Valley dengan kawan-kawannya. Terkejut juga aku rupa-rupanya kebanyakan mereka ini melepaskan “tension” kerana telah dibuang kerja dengan notis 24 jam kerana syarikat mereka mengadakan “down sizing”. Aku cuma boleh menasihatkan cari kerja lain, namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul, macam mana nak bayar duit rumah dan kereta. Semasa aku bekerja di Information Handlings Services di Kelana Jaya tahun 2001, menggigil lutut aku apabila menerima notis pemberhentian kerja dengan notis 24 jam bersama 66 kawan-kawan yang lain dengan menggunakan kaedah “last in first out”. Minggu yang sama aku terima panggilan daripada kampung mengatakan adik aku diterima masuk ke UUM, mengelabah “tupai” aku dibuatnya. Kita harus menerima senario dibuang kerja 24 jam, kerana ia bukan suatu pilihan kepada majikan, jika majikan memberikan notis pemberhentian sebulan pekerja mungkin berlaku sabotaj pada dokumen berbentuk “soft copy” penting syarikat dan inilah cabaran yang paling rumit untuk Jabatan Sumber Manusia sekarang ini.
No comments:
Post a Comment