Monday, April 10, 2006

Salesman

Semalam semasa bersalaman dengan emakku untuk pulang ke Kuala Lumpur, emakku berpesan "kau jangan cari pasal dengan Haji tau", "eh ke situ pula mak ni" jawabku terkejut. Semasa dalam perjalanan pulang aku berfikir mungkin pesan emakku ada asasnya. Pernah satu ketika mak aku didatangi orang daripada syarikat "Pest Control", mereka menyediakan servis untuk menyembur asap membunuh nyamuk dengan bayaran RM30.00 sambil mengugut mak aku mengatakan ini "arahan" Kementerian Kesihatan. Mak aku pun mengelabah "tupai" siap pinjam duit dengan jiran sebelah lagi untuk bayar servis tersebut. Bila aku sampai rumah, mak aku pun menceritakan kejadian tersebut, lantas aku pun mengajak mak aku mencari "salesman" tersebut yang akhirnya aku jumpa di hujung kampung dalam sebiji van yang kesemuanya berjumlah enam orang. Lantas aku menyuruh mereka keluar daripada van tersebut dan terangkan apa yang berlaku, mereka meminta maaf dan sanggup membayar gantirugi kerana menipu mak aku. Aku menolak ganti rugi tersebut, cuma satu pintaku, setiap seorang mesti minta maaf pada emakku! Bila difikirkan kembali jika enam orang belasah aku dah tentu aku "syahid" sekarang, patutla Tengku kata aku bengong!

No comments: