Tuesday, April 18, 2006

Nokia 3210


"Handphone" ini di beli pada 1 April 2001 selepas sehari aku dibuang kerja pada 31 Mac 2001 dengan pampasan sebulan gaji. Selepas mendapat duit pampasan kami beramai-ramai minum di kedai berhampiran BCB di situ sambil merenung air minuman yang aisnya sudah cair yang hanya diminum sedikit. Antara ayat keluar antara kami yang nak kena penampar jepun ialah "aku tengok muka kau tak ada masa depan" oleh Zan, sabor ajela!. Malam tu juga aku pergi "rekke" "handphone" di Mid Valley berhampiran Carrefour seorang diri, maka esoknya bermula episod memakai "handphone" oleh aku untuk tujuan mencari kerja sehinggalah aku mendapat pekerjaan aku sekarang. 3210 ini akan menjadi kutukan wajib nama-nama besar seperti Azam, Fadhli, Syahril setiap kali selepas sembahyang Jumaat di Masjid Taman Desa demi untuk memberi aku sedikit pahala kering untuk di bawa berjumpa Yang Maha Esa. Hingga sekarang ia tidak pernah gagal memberikan khidmatnya walaupun telah di ikat dengan getah untuk mengelakkannya dari terlerai. Atau mungkin lebih tepat untuk menggambarkan 3210 ini ialah merujuk pandangan Tengku tentang aku iaitu seorang yang boleh dipercayai, berfikiran tetapi pokai!.

No comments: