Yong Belar : 1 April 2006-3 April 2006
Hampir-hampir aku tersungkur dengan pujukan Tengku mengikutinya menonton wayang pada Sabtu lepas, namun sumpahku pada Zafrul, Johan, Jean, Renee, Wendy dan Kamal mesti dipatuhi. Seingat aku, kali terakhir aku menonton wayang adalah cerita "Titanic" bersama kekasih pertama aku pada tahun 1998, huh ruginya aku. Walaupun “Land Rover’ yang mengangkut kami ke Empangan daripada Cameron Highlands akan tiba pukul 12.00 tengahari, kami tiba di Cameron Highlands pada pukul 10.30 pagi untuk laporan polis di Balai Polis Kg Raja, kesempatan ini aku gunakan untuk membuang barang yang tidak perlu dalam badanku ini, sungguh terkejut aku apabila mendapati rupanya pintu tandas di lokap adalah jeriji besi juga! Dah tak tahan belasah ajela. Masa yang selebihnya aku keluar membeli buah tangan untuk Saadiah, Tengku dan Az yang sarat mengandung anak kedua seperti yang dijanjikan.
Pendaki sejati mengenali nama besar Yong Belar sebagai “adik beradik” Gunung Tujuh atau G7 (semuanya >7 ribu kaki) yang merupakan yang ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak di tiga buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang. Mula-mula sampai sahaja di Empangan, kami terus mendaki tangga dengan bebanan lebih kurang 15 kg seorang, Wendy “pancit” selepas 15 minit perjalanan dan seperti biasa aku sebagai lelaki “macho” menjadi “kambing hitam” untuk menggalas sebahagian bebanan tersebut hingga ke tapak perkhemahan di Kem Tudung Periuk. Secara keseluruhan mengikut catatan Adik (penunjuk arah kami), perjalanan mendaki ke puncak Yong Belar mengambil masa 9.50 minit dan turun ke Cameron Highlands pula mengambil masa 5.50 minit.
Sampai sahaja di puncak yang lebih 7 ribu kaki itu, aku begitu kagum dengan keindahan Banjaran Titiwangsa dengan kabusnya daripada bawah ke atas terus membasahi muka kami sehinggakan hampir-hampir mustahil untuk menangkap gambar keindahannya. Namun Demi Yang Maha Besar aku lebih kagum dengan ketabahan Renee, wanita keturunan Australia berusia 45 tahun yang hilang sebelah payudaranya kerana kanser sampai ke puncak setelah mengerah keringatnya hingga ke tahap maksimum. Mengikat tali kasut aku dan membuang kumbang daripada kepala aku adalah perkara biasa dilakukannya, ini semua dilakukan untuk aku yang dianggap sebagai anak lelakinya. Ini membuatkan aku terus menghubungi wanita tabah yang hebat iaitu mak aku di kampung bertanya khabarannya.
Dengan suhu 5 hingga 15°C dan air tulen dengan PH yang berbeza seperti air biasa adalah hampir-hampir mustahil untuk memasak nasi seperti biasa di rumah, namun setelah 2 jam memasak nasi akhirnya aku berjaya memasak nasi dengan jayanya setelah 3 kali gagal sebelumnya hingga memaksa semua rakan-rakan aku makan nasi mentah!. Semuanya menjadi lain di sini minyak masak menjadi beku, coklat menjadi keras, teh menjadi teh ais. Air adalah antara masalah utama ke Yong Belar dari Cameron Highlands, yang mana cuma terdapat dua sumber air, iaitu di Kem Tudung Periuk (kira-kira 5 ribu kaki) dan Kem Kasut (kira-kira 6.5 ribu kaki) namun berbaloi kerana kesejukannya hingga ke tulang sum-sum.
Setelah melalui semuanya, aku rasa perkara pertama yang aku perlu buat balik ke KL, ialah mengajak Tengku untuk menonton wayang kerana aku tak sehebat Renee ataupun mak aku!
Penunjuk arah
Adik 012 3253 551
Mak Wee 016-9987 798
Pengangkutan
Fauzi 019-5187 280
Catatan Masa
Hari Pertama
Empangan ke Kabin 13.00-15.00
Kabin ke Kem Tudung Periuk 15.20 18.00
Hari Kedua
Kem Tudung Periuk ke Puncak Lebah 09.00-10.30
Puncak Lebah ke Kem Kasut 10.30-11.20
Kem Kasut ke Puncak Yong Belar 11.45-12.50
Puncak Yong Belar ke Kem Kasut 14.10-14.50
Kem Kasut ke Puncak Lebah 14.55-15.40
Puncak Lebah ke Kem Tudung Periuk 15.45-16.50
Hari Ketiga
Kem Tudung Periuk ke Bukit 2 10.30-11.10
Bukit 2 ke Bukit 4 11.20-11.50
Bukit 4 ke Kabin 12.00-12.40
Kabin to Empangan 14.30-15.30
No comments:
Post a Comment