Wednesday, April 12, 2006

Gunung Nuang :11 April 2006

Sekali lagi aku mengecewakan Tengku yang mengajakku menonton wayang kerana janji menunaikan "kempunan" Azlan dan Ayob yang gagal dua kali untuk sampai ke puncak, maka frasa wajib "bengongla kau ni" kedengaran lagi. Azlan betul-betul mengharap aku mengikut mereka kerana dia akan berhijrah ke Riyadh bulan depan. Gunung Nuang (dalam bahasa orang asli bermaksud hantu) adalah "cinta pandang pertama aku" terhadap gunung. Dengan ketinggian 4898 kaki sudah menunjukkan ia lebih tinggi daripada Gunung Ledang, namun yang peliknya ramai yang memandang rendah pada "cinta" saya ini kerana kononnya dekat sangat dengan Kuala Lumpur dan tak mencabar, kerana itu ramai yang "syahid" dan cedera di Nuang kerana mempunyai laluan yang licin dan kecuraman 90 darjah. Terdapat tiga "check point" iaitu Kem Lolo, Kem Pacat, Puncak Pengasih. Kem Lolo yang mendapat nama Batin orang asli merupakan kawasan perkhemahan yang besar dan berdekatan dengan sungai, manakala Kem Pacat mendapat nama lembah berhampiran yang banyak pacat dan juga merupakan tempat pendaratan helikopter untuk tujuan menyelamat. "Check point" ketiga iaitu Puncak Pengasih merupakan sempadan tiga buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menyebabkan ramai pendaki keliru dengan laluan tersebut dan "melancong" ke Janda Baik. Aku naik ke Nuang dengan kelengkapan lengkap ikhtiar hidup walaupun tidak berkhemah sebagai langkah keselamatan, dalam perjalanan laluan sempit aku menemui seorang lelaki Cina yang "syahid" (kekejangan otot) ditinggalkan oleh kawan-kawannya yang terus ke puncak. Aku membuat keputusan membawanya ke Kem Pacat untuk langkah keselamatan, lelaki cina meluahkan isi hatinya, "saya pernah naik Kinabalu, tapi tak susah macam ni" selepas meninggalkan lelaki cina tersebut di Kem Pacat, kami meneruskan perjalanan cerun 90 darjah, licin dan altitud tinggi ini menyebabkan badan kami kepenatan, sukar bernafas dan mabuk gunung. Bermacam-macam ayat keluar daripada mulut Ayob dan Azlan antaranya, "kalau duduk rumah tidur lagi bagus daripada menyeksa diri macam ni", "Lain kali aku nak berkhemah dulu sebelum naik", "Taubat aku tak naik dah", "aku nak makan nasi lemak" dan ini ayat aku "air aku dah nak habis", "dah kau orang ajak naik satu hari aku ikutjela. hee...hee." Misi kami berjaya dilaksanakan dalam tempoh 10 jam 45 minit dan kami bercadang nak kenakan kawan-kawan yang lain pula selepas ini dan ini disokong oleh Zafrul mentor aku dan ingin turut serta mencuba. Baru pada padan muka mereka dan muka aku sekali!
Mendaki
Parking Kereta-08.10
Kem Lolo-09.20
Kem Pacat-11.10
Puncak Pengasih-12.10
Puncak Nuang-13.03
Menurun
Puncak Nuang-13.45
Puncak Pengasih-14.15
Kem Pacat-14.50
Kem Lolo-16.30
Parking Kereta-18.55

No comments: