Peluang hanya sekali.
Hujung minggu ini Mak Ngah akan dirisik oleh orang Perak, begitu juga dengan Tengku akan dirisik oleh Azmi tinggal di Kedah yang baru dikenalinya. Berbeza dengan Mak Ngah yang kelihatan tenang dan gembira, Tengku agak kelam kabut dengan peristiwa penting ini, dalam seminggu ini "sms"nya sekejap berkisar dengan Azmi dan sekejap dengan Azizi pakwe lamanya. Azmi anak Orang Kaya Bendang kelihatan begitu bersungguh-sungguh mengurat Tengku dengan tingkahnya yang menelefon 5 kali sehari, menghantar sms tidak terkira banyaknya dan mendodoikan kata-kata indah seperti Mat Romeo serta yang terbaru sudah berkira-kira menamakan "anak mereka" Ikram Haris, wow!.
Tengku walaupun sudah "termakan" gula-gula si Azmi, masih teringatkan Azizi yang dikatakan alim atau lebih tepat mempunyai "package" seorang suami. Setelah melakukan solat isthikarah, yang muncul dalam mimpinya ialah Azizi, maka pelbagai cara untuk mendapatkannya kembali tetapi gagal. Untuk "meredakan" emosinya aku berpura-pura menawarkan diri untuk mencarikan bomoh untuk membomohkan Azizi tetapi ditentang keras olehnya. Maka akupun menghantar sms kepadanya pagi ini supaya memberikan hadiah yang tidak jadi diberi pada hari lahir Azizi kerana telah putus pada waktu itu hari ini, sebagai tanda berbaik semula. Tiba-tiba aku dapat sms "ala malula nak pi", bagi aku peluang hanya sekali, dia kena cuba kalau tidak menyesal seumur hidup kerana tidak mencuba habis-habisan.
No comments:
Post a Comment