Despacth Saya
Beliau dibesarkan di Estet Nabrough dan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berjaya menikam "anak cina" di "kem" (kg baru cina) lebih 15 tahun yang lalu tanpa pernah kembali selepas itu. Anaknya yang bongsu berjaya mengikut jejak langkahnya apabila muncul di kaca TV kerana telah berjaya menikam kawannya dengan pensil di Cheras tahun lalu. Duda kepada lima orang anak ini telah pun membelikan setiap anaknya rumah pangsa kos rendah hingga mengakibatkan dia terpaksa membayar hutang keliling pinggang apabila penyewa rumah tersebut gagal membayar sewa. Muka lebam kerana jatuh motor adalah ayat drama swasta yang sering diucapkan walaupun sebenarnya baru sahaja dibelasah oleh "Ah Long" di dalam lif. Aku sering "beramah mesra" dengan wakil-wakil dari pihak bank, peguam dan ceti yang mencari dirinya hinggakan ayat "cepat, kau lari ikut pintu belakang" acapkali kedengaran daripada mulutku. Ini aku lakukan demi untuk memastikan semua kerja di syarikatku berjalan dengan lancar. Hampir setiap hari aku membelek saham "singgit" suratkhabar Tamil Nesan bersamanya dan merancang apakah bakal nombor untuk ditikam keesokan harinya hinggakan habis no plat kereta di Taman Desa menjadi mangsa kami. Apabila aku bertanya kepadanya "berapa banyak kau menang dibandingkan dengan kau kalah?" inilah jawapannya "kalah banyak ma", teruk betulla orang kampung aku ni!.
No comments:
Post a Comment