Aku masih lagi belum membersihkan segala peralatan perkhemahan selepas turun dari Nuang semalam, kononnya aku mahu menyelesaikan semua perkara tersebut selepas turun dari pejabat malam semalam untuk melakukan tugas penting, tetapi itu semua tidak menjadi kerana aku hanya tersedar daripada tidur pada 7.32 pagi tadi. Mungkin Zafrul dan Rajan sedang berdengkur sambil berjemaah di puncak Nuang sekarang ataupun di Kem Pacat, pening juga aku kalau melayan si Zafrul mendaki gunung kerana jika boleh menu makanannya sewaktu mendaki gunung hanyalah roti dengan alasan untuk menjimatkan masa, namun aku sebagai bangsa Melayu mana boleh tidak makan nasi satu hari. Semasa di Nuang aku telah mencuba menu cekodok ikan bilis dan nasi lemak pada paginya itupun nasib baik aku terjumpa asam keping di dapur Nik Shafini jika tidak terpaksalah kawan-kawan aku makan nasi lemak berbau cili boh, Nampaknya kedua-dua menu ini kurang menggunakan air dan mudah disediakan berbanding mi segera dan nasi goreng dan mungkin ini menu yang sesuai untuk projek V2. Nuang ini tidaklah sejuk sangat pada malam hari mungkin sudah banyak tercemar agaknya kerana itu aku tidak pernah membawa “sleeping bag” ke sini, cuma pagi semalam kaki terasa sejuk kerana khemah “overland” aku diresapi air hujan lebat kerana “flysheet” tidak ditarik dengan tegang
No comments:
Post a Comment