Aku rasa bangla pun tahu bercuti sabtu dan ahad untuk berjumpa dengan awek mereka, tetapi semenjak mendapat “Job Description” yang baru habis semua hari aku sapu termasuk mengalahkan masa kerja indon. Aku masih lagi dalam penyesuaian dengan “application software” Kaizen HR yang tidak mesra pengguna dan mana ada “application software” yang mesra pengguna setahu aku. Hendak bertanyakan Azam dan Fadhli mengenai masalah “application software” yang dihadapi samalah seperti menanyakan soalan itu kepada Durai taukeh yang menjaga tempat letak kereta di Taman Desa. Itu belum lagi masalah yang aku hadapi untuk “running” CIMB Autopay yang tidak “compatible” dengan Windows HP hinggakan perkara yang boleh diselesaikan sebelum pukul 5.00 petang hanya disiapkan pukul 10.30 malam semalam. Barulah aku tahu kenapa perlunya matapelajaran matematik yang diajar oleh cikgu semasa di sekolah dulu apabila masih terkial-kial membuat “account charges” hingga masa 3 jam diambil untuk mencari dimana hilangnya 3 sen dalam debit.
2 comments:
Mungkin ke sebab 'kiraan' itu yang
menyebabkan bonus lambat?....
Umpama menanti buah durian yang belum gugur.....
(terbau-bau je...)
Masa training mata pandang ke lain, mentang - mentang trainer awek sexy, lepas tu salahkan system, Dah sampai masa untuk inform Mak cik Mah
Post a Comment