Monday, April 02, 2007

Di atas permintaan aku, kelmarin aku ke Nuang bersama Zafrul untuk menebus kekecewaan aku yang gagal ke Yong Yap bulan lepas dan dalam masa yang sama membuat “post mortem” kenapa berlaku kesalahan-kesalahan di Korbu dan kegagalan projek yang dirancang. Dikesempatan itu juga Zafrul dilihat mengambil kesempatan menyayur Rajan yang baru pulang dari Qatar, kasihan pula aku melihatnya yang tercungap-cungap di Kem Lolo dan hanya mampu bertahan di Kem Pacat sahaja tetapi sebagai protégé Zafrul terpaksalah aku turut sama bersubahat dengannya sebagaimana yang berlaku kepada Warren dan Aida kerana pernah menyayur Zafrul sewaktu mereka “remaja”.
-
Semalam hujan lebat dan angin laut yang kuat menjadikan PD Half Marathon ujian cuaca yang paling hebat setakat ini kerana ia tidak pernah berhenti sepanjang pertandingan. Keadaan itu menyebabkan jarak penglihatan menjadi amat terhad, jalan berlecak dan licin, namun Firdaus, aku dan Farid masih mengekalkan catatan di bawah 2 jam untuk jarak sejauh 21km. Aku ketinggalan 12 minit di belakang Firdaus yang menduduki tempat 20 antara yang terpantas dan masih mendahului Farid sebanyak 3 minit dengan catatan masa 1 jam 50 minit. Marsha yang berlari 11km menegur aku bahawa suatu hari nanti aku akan dapat mengalahkan Firdaus jika aku melakukan latihan yang berterusan yang aku sambut dengan senyuman manis. Ini kerana biasalah dalam pemikiran bangsa Melayu seperti aku ini sebenarnya mempunyai idea yang lebih “advanced” iaitu mahu melanggar sahaja kaki Firdaus dengan motor aku itu supaya tempang itu belum termasuk mahu meletakkan racun tikus ke dalam minuman Ayob, Zafrul, Ezaad dan Zainul yang sudah semakin pantas supaya tidak dapat bersaing dengan aku.
-
Ayob sudah lebih pantas 15 minit daripada KLIM cuma masih perlu mencari formula untuk pantas 5 minit lagi sebelum menyertai MPPJ Half Marathon. Zati dan Rozanna walaupun baru pertama kali memasuki larian dapat menamatkan 11km dengan baik. Farrah terpaksa menarik diri di saat akhir kerana masalah kecederaan kaki selepas KLIM dan Sham yang memasuki larian 11km juga masih mengalami masalah sakit belakang maka terpaksalah aku menasihatkan mereka supaya berjumpa doktor seberapa segera kerana biasalah jika dibiarkan mereka akan berjumpa bomoh dahulu sebelum berjumpa doktor. Nampaknya aku masih ditegur cara berpakaian kerana tidak nampak seperti seorang “runners” dengan mengenakan baju cap ayam walaupun berlari untuk jarak 42km, hebat sungguh dakyah Yahudi kerana dapat mempengaruhi pemikiran bangsaku demi melakukan barangan mereka walhal kita cuma membazir wang membeli “jenama” tetapi stamina masih ditakuk lama. Secara keseluruhannya cuma 2 bintang setengah yang dapat diberi kepada penganjur kerana tiada promosi, jadual pelepasan yang tidak tepat, suasana yang kelam kabut semasa perlepasan dan indah khabar dari rupa tetapi pujian 5 bintang harus diberi kepada anggota Polis Trafik dan RELA kerana sanggup basah kuyup kerana hujan lebat dan air banjir menjaga keselamatan kami.

No comments: