Makcik Mah menghubungi aku malam tadi sejurus kematian cucu kepada Bomoh Zain yang meninggal dunia secara tiba-tiba malam semalam, suasana kelam kabut dapat dirasa daripada percakapan Makcik Mah, aku cuma berharap doktor mempunyai jawapan secara saintifik untuk kematian tersebut sebelum timbul fitnah di kalangan bangsaku dan aku cukup percaya Bomoh Zain boleh menangani masalah tersebut dengan baik. Seseorang di Taman Desa akan meletakkan jawatannya selewat-lewatnya minggu depan apabila makhluk tersebut meminta aku bersubahat menulis surat untuk tujuan tersebut. Makin dibiarkan makin banyak pula soalan bonus mengenai bonus diajukan kepada aku rasanya lebih baik berdiam diri daripada membuat spekulasi seperti tahun lepas. Begitu juga emel yang diterima berupa pekeliling daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam pandangannya secara objektif kepada ahlinya berkenaan cuti pada 26 April 2006 sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong. Rasanya biarlah tuan empunya syarikat ini yang membuat keputusan kerana kerugian yang akan dialami akan bernilai jutaan ringgit kerana terpaksa membayar kos operasi dua kali ganda pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment