Monday, April 16, 2007

Terasa seperti mahu pecah dada ini ketika menamatkan 5 km Larian Anti Dadah anjuran Kolej Cybernatics di Kompleks Maluri kelmarin dan sakit lutut kiri sudah datang kembali. Saja aku menjalankan ujikaji tersebut walaupun tanpa latihan langsung kerana merehatkan kaki selepas pulang dari Yong Belar sebagai menyahut suara-suara nakal yang mengatakan bahawa aku akan disayur masak lemak kobis untuk larian di bawah 5km. Dengan catatan di bawah 25 minit meletakkan aku dalam kelompok 30 terbaik bersama-sama “orang luar”, “runners” SMK Miharja dan sedikit dari pelajar kolej itu sendiri untuk laluan rata seperti di MPSJ walaupun aku mengharapkan lebih banyak bukit yang merupakan kelebihan kepada aku. Aku rasa pertarungan itu cukup adil kerana rata-rata pelajar lelaki kolej yang berjumlah lebih 500 orang yang dipaksa rela memasuki larian tersebut berumur 23 tahun ke bawah dan ini membuktikan diri kita sebenarnya lebih daripada apa yang difikirkan. Secara kesuluruhannya aku memberikan 3 bintang setengah untuk nasi lemak daun pisang yang masih panas, keselamatan, penglibatan peserta dan kebersihan namun ia masih tidak boleh lari daripada protokol yang tinggi kerana melibatkan VIP seperti di Universiti Malaya.
-
Entah bagaimana semalam Bangla pun menganggap aku buruh Indonesia apabila mendekati aku menanyakan sama ada aku mengambil “sub” atau berkerja mengikut “kong” semasa melakukan kerja-kerja mengecat rumah. Mungkin betul pandangan Farrah terhadap aku bahawa aku terlalu menampakkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara yang aku suka. Perkara ini berlaku sebagai memenuhi permintaan Ari dan Gee yang mahu aku menolong mereka mengecat rumah teres dua tingkat mereka di Subang. Aku sebenarnya tidaklah kisah sangat mengecat rumah mereka itu tetapi bila disuruh menjadi perunding imej untuk memadankan warna itu yang memeningkan kepala aku, mana tidaknya warna yang dipilih semuanya warna-warna untuk mendirikan sebuah tadika! Posted by Picasa

No comments: