Azam akhirnya melenting bila ada yang membelasah dia hidup-hidup hingga dia sanggup menjawab semua persoalan itu di Padang Masyar. Ramai yang bertanya adakah benar Azam sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, bagi aku walaupun muka Azam itu kelihatan seperti orang yang beriman tetapi perangainya hanya sedikit lebih baik daripada jin Ifrit. Jika tidak sudah tentu komputer aku sudah sampai di atas meja ini bukannya di atas kapal terbang seperti dalam gambar semalam walaupun telah di minta sejak bulan November tahun lepas.
-
Sudah tiga hari Nurul berada di sini untuk tujuan latihan sebelum memulakan kerja di Kondominum Tiara dan selama itulah semua orang asyik bercakap mengenainya dengan membandingkannya dengan kakaknya yang kecil dan sangat garang itu. Sebenarnya Nurul pun garang juga seperti kakaknya juga kerana pernah dia menghubungi aku seawal 8.37 pagi menanyakan soalan berkaitan kerja seperti biasalah aku kalau bab kerja Bush pun akan kalah bersoal jawab dengan aku tapi cuba tanya mengenai status aku, mesti muka aku kelihatan merah walaupun mempunyai kulit yang cerah sedikit daripada Mandela.
-
Entah kenapa untuk kali kedua aku gagal ke Chamah, Gua Musang antara G7 di Semenanjung Malaysia yang sepatutnya bermula malam ini dan akan digantikan dengan G7 yang lain iaitu Yong Belar. Kegagalan itu disebabkan oleh masalah cuaca yang tidak menentu, karenah penunjuk arah yang banyak ragamnya dan kesusahan mencari pendaki walaupun dengan kos yang paling minimum. Mungkin benar kata Zafrul, kami sepatutnya cuba untuk mengikut kumpulan yang sudah lama bertapak seperti Karat atau Gunung Online untuk melihat cara mereka menguruskan pendaki yang kebanyakannya orang luar. Bila nama Yong Belar disebut ia sudah cukup menaikkan bulu roma aku kerana ia sangat ditakuti oleh aku kerana pernah sesat di perutnya, perjalanannya terlampau jauh walaupun tidak secerun Nuang dan aku pernah gagal sebagai chef di situ.

1 comment:
Aiikk!!Azam marah ker?Kau kan 'the Macho Man' kat sini takkan itu pun nak merajuk,tak rock la lu!!
Post a Comment