Azam yang sudah lama tidak berbunyi tiba-tiba mengutuk aku bahawa segala kesulitan yang aku alami berkenaan "software" yang baru dibeli sebenarnya berpunca daripada kesungguhan aku memerhatikan "trainer" dan bukannya kesungguhan mendengar apa yang diajar. Jika aku ini ADUN Seputeh sudah tentu aku melantiknya menjadi bilal di Taman Desa di atas nasihatnya itu dan aku juga tidak faham kenapa dipaksa memujinya hanya kerana telah berjaya menyelesaikan masalah "database" yang aku alami. Banyak sungguh soalan-soalan maut yang diterima semenjak dua menjak ini ekoran daripada kesibukan tugas aku yang sudah ke tahap gaban mungkin juga soalan itu akan terjawab dengan sendirinya pada hari "kebesaran" aku.
-
Semalam untuk kali keduanya aku mendaki Nuang pada waktu malam dengan Zafrul diikuti dengan Rajan, Suhaimi dan Sabri. Entah dimana silapnya kami mula mendaki hinggakan terlewat 2 jam daripada jadual asal ini adalah sesuatu yang cukup aku kesali, kalau setakat menjadi "sweeper" menemankan Rajan yang pancit walaupun lambat seperti kura-kura bukanlah halangan pada aku kerana ia adalah perkara biasa. Kali ini kedatangan aku cuma sampai ke Kem Lolo kerana kecederaan lutut kiri sambil mengasah kuku yang sudah tumpul semenjak Power Run yang lepas disamping mahu menyelesaikan soalan-soalan maut yang ditanya itu pada hari ini juga. Semasa pulang bersama Suhaimi dan Sabri tadi aku lihat Zafrul dan Rajan masih tidak berbuat keputusan samada mahu meneruskan perjalanan ke puncak. Mujur Marsha tidak mengikut aku kali ini jika tidak sudah tentu dia marahkan aku kerana pacat yang gatal cuba menguratnya kerana banyak sangat pula pacat kali ini dan salah satu urat aku mengenai tusukannya membuatkan darah tidak henti-henti mengalir hingga sekarang hingga timbul pula sakit kepala.
No comments:
Post a Comment