Petang semalam dalam majlis yang agak santai dan tidak begitu sayu, Nik Shafini meraikan Pengarah Urusan aku yang akan berpindah ke PLUS BHD dengan memakan segala benda yang dihidangkan hingga tidak cukup ruang “workstation”nya untuk diletakkan kuih muih itu belum lagi kepak ayam goreng yang sorokkan di dalam laci yang berkunci. Jasanya yang paling besar pada syarikat dan memang aku kagumi ialah mengeluarkan syarikat aku daripada senarai “penjara” PN4 pada tahun 2004 dan kemajuan seperti menjadi sebuah jabatan kepada sebuah syarikat. Ada juga yang masih bertanya kenapa aku tidak dilihat sibuk dalam majlis tersebut, rupanya masih juga ada yang sayang dengan aku. Setelah aku menarik diri daripada Kelab Sukan tiba-tiba pula mereka terfikirkan pula untuk tidak mengadakan banyak sangat aktiviti sukan, mungkin cuma akan dibuat 5 jenis permainan tetapi secara besar-besaran. Janji aku pada Norrehan telah ditunaikan pada malam tadi untuk menghantar mesej pada Zuraidah dan aku tidak kisah menjadi jirannya tetapi aku sangat-sangat kisah menjadi jiran si Syahril, sudah tentulah dia menjemput semua kawan-kawan aku termasuk Persatuan Orang Bujang Taman Desa mengutuk aku sebagai lelaki tua yang tidak sedar diri.
2 comments:
memang dia tu kuat makan, sebab tu apa - apa jamuan Faber makanan tak cukup
Aku pun rasa macam tu juga, tadi aku nak buka laci dia dia tak bagi!!! mesti kepak ayam semalam tu ada lagi.
Post a Comment