Tuesday, March 27, 2007

Komputer zaman P. Ramlee aku agak semakin perlahan dan banyak kali tersangkut-sangkut seperti Azam yang sedang kekejangan otot semasa berlari atas alasan pernah masuk besi cap ayam di dalam kakinya. Entah bila agaknya Jabatan Teknologi Maklumat aku yang baru mengalami pengstrukturan itu mahu menghantar komputer baru setelah 15 kali berjanji “minggu depan akan sampai”. Cuba kalau Ros atau Leen yang meminta komputer tersebut aku ingat tanpa “Purchase Order” pun boleh diadakan komputer tersebut dengan jayanya oleh Azam dan Fadhli tanpa alasan.
-
Norrehan nampaknya bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan aku dengan jirannya Zuraidah namun apa yang membuatkan aku terdiam ialah umurnya yang masih berusia 21 tahun takut nanti aku akan mengalami masalah yang sama dengan Shida. Aku mengambil langkah berbaik sangka dan dan menganggap ini sebagai titik permulaan untuk serius mencari jodoh. Aku meminta sedikit masa sebelum diadakan pertemuan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti dan latihan dan bila aku lihat kalendar bulan April sebenarnya langsung tiada ruang kosong kerana setiap sabtu dan mungkin juga ahad aku akan bersama-sama Syahril menjual kondo di Jalan Lingkungan Desa.

No comments: