Akhirnya aku meletakkan jawatan dalam Kelab Sukan semalam walaupun tanpa alasan yang munasabah kerana aku rasa ia cuma kerja-kerja amal kenapa perlu diberi alasan untuk tidak membuatnya. Mudah bagi yang yang lain melakukan kerja amal tersebut kerana kebanyakan mereka yang memegang jawatan di Kelab Sukan berpangkat pegawai dan sudah tentu mereka mampu mengarah “anak buah” mereka pada bila-bila masa di perlukan. Walaupun aku selalu mengutuk Azam dan Fadhli tetapi aku memang selalu bergantung kepada mereka untuk untuk tujuan tersebut dan mereka sudahpun berhijrah ke tingkat 10, manakala Syahril, Nik Shafini dan Sara yang selalu membantu aku walaupun selalu dikutuk oleh aku sibuk dengan penjualan rumah-rumah yang sedang di bina. Rasanya cukuplah aku dimarah oleh orang atasan kerana gagal mengikut piawai sebenar sewaktu menjalankan tugas harian tanpa melihat kenapa aku gagal bila terlampau banyak melakukan kerja amal tersebut. Masalah aku dengan PERKESO datang kembali bila kes Along yang bermula September tahun lepas masih berlarutan hingga surat ke enam terpaksa dicipta oleh aku semalam. Bila dihubungi jangankan lagu yang mereka beri tapi cuma nada kosong selama 5 minit sebelum sampai kepada pegawai yang bertugas.
No comments:
Post a Comment