Entah di mana silapnya sudah enam hari resume aku masih diperap di Bandaraya Development Sdn Bhd. Hingga semalam tiada lagi panggilan telefon untuk temuduga yang sepatutnya dijalankan pada minggu ini kerana Pegawai Sumber Manusia mereka akan berhenti bulan ini. Kalau hendak diikutkan kemahuan mereka yang mahukan calon mula bekerja pada 19 Mac rasanya sudah aku nyatakan dalam resume aku. Mungkin benar kata Azam muka aku kurang hensem agaknya tetapi Azam juga yang telah berkali-kali pergi temuduga itu dan juga berkali-kali gagal bermaksud Azam berkali-kali kurang hensemnya? Banyak usaha ke arah meningkatkan kerjaya yang aku lakukan setakat ini namun satupun belum menampakkan hasil. Sebenarnya aku tidak peduli pun jika Bandaraya Development Sdn Bhd mahukan aku hari esok pun kerana aku sanggup berhenti bekerja di sini dengan notis 24 jam dan membayar segala kos pelanggaran kontrak bekerja walaupun sudah pasti aku tidak mendapat duit saham yang telah dijual.
No comments:
Post a Comment