Kecoh juga di buatnya pejabat OCM di Grand Olimpic Hotel semalam apabila beberapa peserta mempertikaikan pihak penganjur Kuala Lumpur International Marathon mengenakan bayaran RM20.00 untuk kapsul masa yang rasanya pertama kali di adakan di Malaysia secara besar-besaran. Puas sudah aku memujuk rayu kepada Ayob, Firdaus dan Zafrul lagaknya seperti seorang pakwe memujuk tunangnya yang merajuk kerana terlupakan membeli Roti Boy supaya menyediakan duit untuk tersebut tetapi jawapan yang diterima ialah tidak perlu membayar untuk kapsul masa tersebut kerana ia satu pilihan selain daripada mahu menyimpan duit untuk pergi ke Mekah balik hari. Terbang jugalah duit aku sebanyak RM120.00 untuk 6 kapsul masa jika tidak nombor tidak akan diberi namun duit itu boleh ditebus kembali selepas larian. Semasa mengedarkan baju larian aku dikejutkan oleh Marsha yang mengatakan bahawa kawan-kawannya bermatian-matian merasakan aku “boyfriend”nya kerana asyik melindunginya daripada jejaka yang tidak sedar diri seperti Zainul dan Ezaad semasa Larian Terowong minggu lepas. Akupun sangat-sangat berharap perkara itu berlaku tetapi nanti aku rasa lebih baik aku jelaskan yang Marsha sudah mempunyai “boyfriend” dan aku tidak mempunyai cita-cita untuk menguratnya melainkan cita-cita untuk menunaikan dua daripada tiga perkara yang diimpikannya iaitu memasuki larian, mendaki gunung dan bersantai di pulau. Aku tahu walaupun mentor aku iaitu Zubir playboy selalu berfalsafah “kapal terbang lagikan dirampas” namun aku masih belum bersedia rasanya untuk "tidur" di dalam longkang akibat dibelasah oleh “boyfriend” Marsha.
2 comments:
weeii..dipaksa 'beli' kapsul masa tuh...tapi dalam borang ia ari tuh satu pilihan adeehhh..
lagi satu...baju ia besar la size L..aduhaii..cam badut sarkes la pulak..huhuhuhuhuhuhu :p
ada sapa2 nak tukar L dengan M :)
-ayob-
Ala dato' memang la dia tak paksa beli tapi dia tulis "no chip no time" umpama seperti kau tak masuk racela kalau tak ada benda alah tu!
Pasal nak tukar baju tu aku rasa hampir-hampir mustahil kerana aku ambil awal baju pun dah habis. Bagaimana sebagai tanda persahabatan kita kau bagi je baju tu kat aku!
Post a Comment