Kepenatan tahap gaban membuatkan tertidur tengahari semalam, mujur aku sempat menghadiri kenduri perkahwinan Lin di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama walaupun sedikit tersesat jika tidak sudah tentu cerita aku menjadi bahan bualan kutukan hari ini sebagai lelaki yang sedang “frust menonggeng” di rumah. Sampai sekarang ramai yang menganggap aku pernah menjadi kekasihnya hanya kerana sekeping foto di atas meja aku dan sudah menjadi kebiasaan bangsa aku sejak azali lagi perpisahan itu lebih dinanti daripada penyatuan dua insan.
-
-
Agak kelam kabut pendaftaran Larian Universiti Malaya sejauh 10km itu semalam kerana semua nombor dan baju T cuma diedarkan pada awal pagi, itu tidak termasuk penangguhan pelepasan selama 40 minit hanya kerana protokol yang tinggi oleh penganjur. Dendam aku terhadap Bukit Damansara itu akhirnya berbalas juga kerana dapat berlari dengan dengan catatan masa 46 minit dengan tempat ke 29 namun jauh ditinggalkan oleh Firdaus di tempat ke 16 dan Zafrul sudah semakin baik dengan tempat ke 43 berbanding Ayob, Zainul dan Farid. Dalam kotak fikiran aku yang semak ini memikirkan mungkin ada benarnya pendapat Zainul sebenarnya bukan kami berlari lebih pantas dari kebiasaan tetapi mungkin kerana jaraknya tidak mencukupi 10km.
-Farrah yang menduduki tempat ke 7 melayakkannya dia menerima medal plastik cap ayam bersama aku dan Firdaus dan 3 warga Afrika yang menduduki tempat pertama hingga ketiga. Isu penyertaan warga Afrika dibualkan oleh beberapa athlit Malaysia seperti Aru yang merasakan tidak wajar penyertaan orang luar hingga menyebabkan periuk nasi mereka terjejas. Inilah sikap bangsa Malaysia yang aku sanjung sejak azali lagi kerana itulah sukan di Malaysia susah hendak maju kerana takutkan saingan. Walaupun aku agak terkilan dengan soal pendaftaran, ketepatan masa dan medal yang diberi pujian harus diberi kepada penganjur kerana hampir tiada bekas minuman dibuang merata-rata seperti kebiasaannya di tempat lain yang menggambarkan moral yang tinggi pelajar-pelajar Universiti Malaya.
2 comments:
tak sia-sia haku berlatih dekat UM tuh dengan korang..dapat tempat ker 52 dengan catatan masa 55 minit...kire ok la tuh...huhuhuhuhuhuhu
al-ayob
Betul! memang tak sia2 berlatih teruk2 kat bukit tu memang berbaloi beb!
Post a Comment