Masih panas lagi satu badan kerana semangkuk daging biri-biri bakar sempena jamuan harijadi untuk kakitangan semalam, mujur juga sakit kepala tidak menyerang jika tidak bertambah-tambah kayalah hospital Taman Desa. Entah bagaimana pula timbul cerita baru mengenai aku, hingga aku ditegur oleh “orang lama” supaya meninggalkan perbuatan “tidak elok” hingga menyebabkan aku tinggal melidi berbanding 3 tahun lepas. Dari mana punca maklumat itu aku pun tidak tahu jika aku tahu sudah tentu aku pijak-pijak makhluk tersebut kalau tidak pun dapat aku cekik-cekik lehernya pun jadila. Aku pun hairan juga dengan badan aku yang semakin melidi walaupun berat badan aku tidak pernah turun daripada 62 kg dan jika piawai berat badan unggul diguna pakai aku tidak perlu menurun atau menambah berat badan. Mungkin kadar metabolisme badan aku sudah meningkat daripada dahulu agaknya dan jika itu yang berlaku ia adalah sesuatu yang baik.
No comments:
Post a Comment