Friday, March 09, 2007

Kemaluan sungguh aku dan entah bagaimana aku mahu menutup muka aku yang berjerawat ini bila ditegur oleh Carmen kenapa aku tidak perlu menunaikan solat jumaat kerana mahu membelanjanya makan tengahari pada hari ini. Kalau Azam atau Fadhli yang menegur aku tidaklah dikisahkan sangat kerana kami banyak kali bermain ping-pong di tingkat dua semasa solat jumaat dengan alasan takut dihinggap demam panas kerana terkena hujan. Ini semua gara-gara kesilapan yang aku kerap lakukan semenjak-dua menjak ini daripada tarikh, nombor kad pengenalan dan kepala surat kepada pihak hospital. Kerana kesusahan yang ditanggung oleh Carmen akibat perbuatan aku terpaksalah aku menabur janji manis sebanyak mungkin dan entah berapa kali perkataan “sayang” itu bertukar tangan. Kalau hendak diikutkan sifat pahlawan aku mahu sahaja aku menyuruh Makcik Mah meminangnya tetapi mampukah Azam, Fadhli, Syahril, Nik Shafini dan Pak Su menahan ketawa melihat Tarian Naga semasa majlis persandingan aku, rasanya baik aku lupakan niat murni lagi suci itu sebelum mereka beramai-ramai mengutuk aku dalam blog aku sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Hmm....Sembahyang itu tiang agama..
Jika seorang muslim itu sendiri tidak menghormati agamanya maka jangan harap orang kafir akan faham tentang Islam.... Dakwah tak perlu jadi ustaz! Kita masih boleh berdakwah dgn sikap/perbuatan yang baik mungkin akan mencairkan hati-hati yang keras.......

Anonymous said...

muke dah la kelihatan malaikat itu sedikt lebih baik drpdnye..... tp perangai baik sket dr jin...... blaja dr kesilapan la bro!!!!!