Petang semalam aku menerima kiriman sms daripada Angah yang mengatakan Pakcik Din tukang baru sahaja dijemput oleh Yang Maha Esa. Kiriman sms yang berbaur kerunsingan oleh Filla membuatkan aku yang mempunyai sifat-sifat pahlawan menghubunginya serta merta. Rupa-rupanya ada makhluk di Taman Desa yang selalu menghubunginya dan dia rasa cukup terganggu dan seperti biasalah mulut aku ini tidak mampu untuk tidak menaburkan janji-janji manis dengan menawarkan diri untuk mencari makhluk tersebut walaupun masih belum mengetahui kaedah apa yang akan digunakan. Dalam kepala aku cuma terbayang muka si Azam dan Fadhli sahaja yang perlu dibawa kemuka pengadilan tetapi memandangkan hingus mereka belum kering lagi aku tidak rasa ini perbuatan mereka walaupun sudah berstatus bujang tiga. Petang ini aku akan pulang ke kampung bersama-sama Playstation 2 aku demi merehatkan daripada semua aktiviti yang biasa dilakukan pada hujung minggu jika tidak sudah tentu proses pemulihan daripada kecederaan yang lepas akan mengambil masa yang panjang.
1 comment:
Wafi hp i hilang last week so sementara waktu ni sebelum i pergi ambik new simcard dari Maxis i akan hp-less.
Post a Comment