Monday, September 04, 2006

Terkena Lagi

Peluang keemasan direhatkan hampir setengah purnama dimanfaatkan menghadiri kursus kusahawanan anjuran Jabatan Tenaga Rakyat di NIOSH Bangi pada 1 hingga 3 September 2006. Memang tidak dapat dinafikan input-input motivasi itu terkesan kepada aku tapi rasa bengang tertipu tidak dapat disembunyikan apabila hingga ke akhir program tidak sampai 1/10 pun "keusahawanan" yang dibincangkan seperti yang diwar-warkan. Nampaknya aku bergeruh lagi selepas isu baju 'T' dengan Majlis Perbandaran Klang telah ditamatkan minggu lepas. Selepas perbincangan dilakukan dengan Encik Syed selaku penganjur, akhirnya kata sepakat dicapai dengan dia memohon maaf dan akan memulangkan semula ufti yang berjumlah RM150.00 selepas menyiasat perkara ini dan terbukti mereka yang bersalah. Encik Nizar, Encik Shahrul dan Encik Nikman yang pada asalnya berkobar-kobar mahu menuntut wang mereka akhirnya "cair" selepas ditarbiyah oleh Encik Syed dan layanan kelas pertama oleh bidadari-bidadari penganjur. Encik Nizar sungguh kurang sopan mengatakan aku ini sangat degil walaupun ternyata ia sangat benar.
Nur Halimaton gadis hitam manis yang berasal dari Langkawi itu sudah tidak mahu berenggang dengan aku selama 3 hari berada di sana. Entah kenapa ramai mengatakan aku "ada kimia" dengan gadis yang berusia 21 tahun yang baru sahaja putus tunang itu. Aku berpesan dengannya jangan terlalu memuji lelaki Taurus hanya kerana sudi mendengar masalahnya kerana mereka mudah perasan hingga disambut dengan hilai ketawa olehnya. Rasanya tidak patut aku menangguk di air keruh kerana tidak kekal sifatnya dan sampai sekarang aku tidak ada jawapan kenapa dia menangis semasa aku mahu pulang ke rumah!

1 comment:

Anonymous said...

En. Maswafi, memang benar pada mulanya saya mengesyaki sesuatu yg tak kene dgn program tersebut daripada ape yg saya inginkan. Tetapi sebenarnya saya menghadiri kursus tersebut adalah dgn pelbagai tujuan. Dan salah satu drpnya adalah Kusahawanan. Bagi saya jika kursus tersebut dapat memberi kesan yg baik terhadap saya..saya akan menerimanya. Tapi jika kursus tersebut memang hampeh!!! Memang saya akan memperjuangkan untuk meminta dan mendapatkan balik duit yang telah dibayar.
Memang tak dinafikan memang kita telah ditipu oleh bidadari-bidadari tersebut semasa mula mendaftar program tersebut. Tetapi jika saya boleh menerimanya disebabkan kesan yang baik daripada kursus tersebut, saya akan menerimanya...LET GO....
Di sini ingin saya memperbetulkan paradigma En Maswafi bahawa bukan disebabkan layanan kelas pertama daripada bidadari2 tersebut yang mebuatkan saya berubah fikiran, sebab BUKAN LAWA PON bidadari tu. Kalau Lawa takpe la jugak. Ini adalah disebabkan oleh melihat dari cermin mata dan juga saya adalah katak yg ke 15 tersebut. hehehe. dan kalau korang nak tau cerita katak tersebut, saya menyerahkan kepada En Maswafi untuk menceritakannya....Sekian...

drpd : En Nizar