Tuesday, July 17, 2007

Ada yang menyambut aku dengan pandangan selsema burung, bila aku terlupa untuk turun mewakili Emerald dalam permainan congkak sewaktu rehat semalam. Tidak cukup tidur, kepenatan dan tugas yang mesti diselesaikan sebelum hari jumaat ini memberikan aku tekanan yang kuat hingga menyebabkan aku menjadi pelupa walaupun keadaan yang sedia ada pun aku memang pelupa. Encik Roslan yang tidak lupa tentang permainan itu berlangsung memberikan nasihat yang bernas mengatakan aku tidak perlu tamak masuk semua permainan di sini nanti roboh pula almari di rumah aku semata-mata untuk menyimpan hadiah kemenangan yang ada menyejukkan hati aku walaupun sebenarnya sifat pemurahnya yang membayar harga makanan aku di Restoren Daslima yang membuat hati aku sejuk.

No comments: