Thursday, July 12, 2007

Seperti yang diharapkan oleh Cikgu Rajan, 129 keping gambar Trans Titiwangsa telah pun di pindahkan ke komputer ribanya di A&W PJ Drive Inn malam semalam. Dia telah kehilangan 5 kilogram daripada berat badan asal dan tidak dapat mengambil ujian Penilaian Tahap Kecekapan untuk tempoh selama 2 tahun itu bermakna untuk selama 2 tahun ia tidak akan menerima imbuhan RM200.00 sebulan. Aku merasakan ini Zafrul patut disalahkan untuk semua ini dan dia sepatutnya membayar RM200.00 kepada Cikgu Rajan untuk tempoh 2 tahun tersebut dan membayar yuran ketakutan dan parut kepada aku. Semak kepala aku memikirkan bagaimana barang-barang di dalam jagaan aku di stor tingkat 2 boleh hilang seperti papan karom, dart dan scrabble. Ikutkan aku mahu sahaja aku membomohkan mereka yang meminjam tanpa memberitahu aku, tetapi bagaimana pula mereka boleh meminjamnya jika kunci stor tersebut sentiasa ada bersama aku.

No comments: