Sunday, July 08, 2007

Suhu 24 darjah celcius di Jalan Travers pada pukul 6.24 pagi sudah mengundang kegusaran aku untuk melalui Siemens Run hari ini kerana dirasakan amat panas dan mengikut sejarah aku akan kalah kepada cuaca. Farid yang berada di depan aku seminit mendapat medal untuk "finisher" ke 130 begitu juga Sham dan Fazli yang lima minit lebih pantas. Aku dan Zafrul tidak mendapat medal walaupun melakukannya dengan masa 57 dan 58 minit untuk 10km, manakala Razman terpaksa berpuas hati dengan catatan 72 minit. Aku masih hairan dengan sikap Farid masih menjadikan aku sebagai "benchmark" walaupun sudah tewas dengan beberapa kali dengannya. Penganjuran oleh badan korporat ini selayaknya di beri lima bintang kerana langsung tiada ruang boleh dikutuk oleh orang seperti aku. Empat stesen air, sukarelawan yang mencukupi untuk stesen air dan check point, papan tanda untuk aras tanda setiap kilometer, sarapan pagi dan pelbagai jenis air seperti Milo, Power Sport Drink dan 100plus sudah cukup untuk menggambarkan betapa cukup sempurna penganjuran kali ini. Mak angkat meleteri aku sebaik sahaja pulang daripada Siemens Run pagi ini hingga boleh didengar sampai di kedai hujung sekali kepunyaan Kak Wan. Semuanya kerana parut Trans Titiwangsa yang tidak nampak bila akan hilang pada kedua belah tangan dan leher aku. Dia mengarahkan aku supaya tidak kemana-mana malam ini, mungkin mahu menjamu makan seperti kebiasaannya dan jika dia mahu mencarikan jodoh untuk aku bolehlah aku senyum seperti Nathan bila mendapat RM60.00 hadiah nombor ekor.

No comments: