Wednesday, July 04, 2007

Sudah lebih lima hari hujan tidak membasahi bumi rasanya terasa amat panas badan ini walaupun berada di dalam kapal selam yang mempunyai penghawa dingin sebesar dapur kepunyaan Azam Orang Minyak. Kalau hal ini berlaku semasa projek Trans Titiwangsa yang lepas aku rasa tidaklah sampai berdarah kaki aku kerana melecet. Setelah menguji kardivouskular aku selama dua hari ia masih belum mencapai tahap memuaskan ini bermakna teori 6 minggu yang dikatakan oleh ahli sains itu sudah dibuktikan bahawa jika berhenti untuk tempoh tersebut stamina akan bermula dengan kosong dan mungkin juga kerana cuaca yang panas membuatkan aku banyak berhenti untuk minum air membataskan pergerakan aku. Baru sahaja bercerita tentang harga makanan yang naik di pasar malam Kerinchi, hari ini di Radio Era kecoh pula dikalangan perokok tegar kerana kadar rokok telah dinaikkan 3 sen semalam serta merta tanpa sebab yang munasabah. Lainlah Azam Orang Minyak mungkin tidak terasa dengan kenaikan tersebut kerana mesti dia mendapat komisen daripada Khairy Jamaluddin kerana menyokongnya, menyokong Pak Lah di atas kenaikan tersebut. Kagum aku dengan penulis Hikayat Khairy Jamaluddin dimana firasatnya sudah banyak dibuktikan seperti kenaikan harga barang, projek-projek mega, kontroversi dan yang terbaru ialah perkahwinan Pak Lah.

No comments: