Wednesday, July 11, 2007

Aku memang sudah mengagak bahawa nama aku dan Firdaus tidak akan disenaraikan seperti pekeliling Rat Race yang dikeluarkan oleh Shahrul semalam. Orang macam aku dan Firdaus ni manalah pernah kecil hati atas sebab-sebab kecil sebegini apatah lagi borang untuk marathon lain pun masih belum sempat diisi. Kalau Nik Shafini yang terkena tidak tahu aku apa yang akan terjadi, kerana baru dikutuk sikit mengenai kepak ayam yang disimpan di dalam lacinya sudah melenting hingga ke D’ Kerisik untuk memujuknya supaya kembali stabil emosinya. Renee akan melakukan ‘road tour” Aconcaguanya di sini besok petang melalui kiriman emel bergambarnya, harap-harap Stephanie pun turut serta boleh juga aku berlawan mengenyit mata sambil mengajaknya mendaki gunung tanpa Zafrul di sisi.

No comments: