Friday, July 27, 2007

Tidak aku sangka pagi-pagi lagi Honda NSR aku dibakar oleh TZM nasib baik bukan Pian Bangla yang memegang “throttle” jika tidak sudah tentu gamat persimpangan Kerinchi hari ini. Rasanya hari ini Ayob akan sampai ke Laban Rata dan mungkin awal pagi besok sudah dapat mencium puncak Kinabalu ataupun menurut terjemahannya Tiga Balu. Semalam sebaik sampai di Hospital Sg. Buloh hampir semua muka kakitangan yang memandang seperti baru lepas mendapat selsema burung, rupanya emel aku pada Yana berkenaan gaji yang akan dimasukkan 30 atau 31 hari bulan berbanding 26 haribulan telah ditampal pada papan kenyataan. Sebenarnya itu hanya satu langkah untuk mengurangkan kakitangan yang berhenti secara tiba-tiba selepas mendapat gaji pada 26 haribulan, sebelum ini langkah memotong elaun kedatangan kepada yang datang lewat sudahpun mendapat tindakbalas positif. Tiga bulan akan datang sejuklah hati mereka itu seperti sejuknya hati aku melihat muka Salmah itu hinggakan rasanya mahu sahaja dipindahkan ke sini untuk selamanya.

No comments: