Thursday, July 05, 2007

Hujan turun sangat sedikit awal pagi ini, walaupun ia ditadah 15 besen ia masih belum cukup untuk Azam Orang Minyak membasuh muka sebelum pergi kerja. Syahril menyambut hari lahirnya yang 21 selepas diskaun semalam sambil menjamu aku makan dan seperti biasa Nik Shafini menyimpan “sedikit” makanan tersebut di laci sebelah kirinya menyebabkan aku tidak sempat merasa beberapa jenis hidangan semalam. Perselisihan aku dengan Mahen yang berlanjutan beberapa bulan akhirnya diselesaikan semalam dengan hadirnya jurutera perisian dari Gamuda melakukan “trouble shooting” pada perisian Kaizen HR dengan alasan “software bug”. Agaknya kalau Azam Orang Minyak yang datang apalah alasannya, mungkin alasannya komputer aku tidak cukup “power” seperti alasan yang diberi kepada orang lain. Akhirnya kali kedua ke kedai Awang aku berjaya menggunting rambut aku kerana kelmarin aku pulang merajuk kerana orang yang sangat ramai dan menyebabkan aku tertidur di situ. Awang sebenarnya berdoa supaya aku pulang kelmarin kerana menurutnya dia sudah sangat letih ketika itu dan berkali-kali jugalah Awang memujuk aku supaya tidak melakukan stail “American GI” kerana menurutnya rambut aku akan menegak bila ia mula membesar.

No comments: