Tuesday, July 10, 2007

Rasanya rencana secara menyeluruh tentang Trans Titiwangsa (Yong Yap-Korbu) setebal 15 halaman dalam bentuk perisian Microsoft Word yang dihantar pada Kosmo sudah cukup untuk menggambarkan kenapa tangan aku masih lagi berparut dan kenapa aku gemar memakan nestum setiap pagi dan petang. Cikgu Rajan pula hilang masa menunggu selama setahun kerana gagal menduduki ujian Penilaian Tahap Kecekapan selain kasut gold cupnya yang baru dibeli. Zafrul yang bengong itu cukup bengong kerana sudah mula mengajak aku untuk melakukan kali kedua untuk sampai ke Puncak Tok Nenek yang gagal ditawan. Melihatkan tiada peningkatan “endurance” malah semakin merudum pada diri aku semenjak-dua menjak ini terutama Siemens Run yang lepas, aku terpaksa menukar kaedah latihan simulasi aku selama 6 tahun kepada bentuk interval yang amat memenatkan kerana terpaksa melakukan dengan 70% kelajuan sambil menyilang pada padang bola sepak sebanyak 16 kali. Aku tidak berapa pasti adakah adakah ia berkesan untuk aku kerana tidak pernah mencubanya sekalipun sebelum ini, dan ia agak menguntungkan aku kerana tidak memerlukan masa lebih daripada 40 minit untuk melakukannya.

No comments: