Friday, July 13, 2007

Encik Dollah akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara isnin depan selepas rawatan di Salam Medical Centre dan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama seminggu berturut-turut tidak memberi kesan terhadap kardiovaskularnya, mungkin pembedahan akan dilakukan secepat mungkin. Terlepas aku hendak berjumpa dengan Renee dan Stephanie semalam kerana “Climate Survey” berlangsung lebih daripada 3 jam antaranya berbincang tentang carta organisasi yang tidak pernah kosong kecuali ada pekerja yang berhenti. Pagi-pagi lagi aku telah melihat zip seluar aku kerana runsing bila awek Vista Angkasa menguntum senyum padaku kerana mana pernah ada awek Vista Angkasa senyum pada aku kecuali bila aku terlupa mengzip seluar, biasalah orang seperti aku ini sangat sibuk memikirkan masalah negara hingga terlupa mengzip seluar sendiri. Rupanya Achik gadis Sarawak yang bekerja di Telekom itu merasakan macam ada kimia di antara kami kerana sudah banyak-banyak kali bertembung di pintu lif. Aku rasa kalau Zubir playboy yang ditegur sebegitu rupa mahu rasanya dia berpindah kembali ke Vista Angkasa.

No comments: