Friday, July 06, 2007

Semakin hari semakin bermaharajalela emel daripada Sg. Buloh yang memasuki peti surat aku dan di hantar juga salinan kepada bos aku, mengadu tidak berpuas hati dengan urusan pembayaran gaji terutama dengan cek yang lambat siap, elaun kedatangan dan kiraan kerja lebih masa. Pada mulanya rajin juga aku melayan karenah mereka lama-kelamaan langsung aku tidak peduli kerana memikirkan lebih baik aku membuat kerja yang lebih berfaedah seperti tidur ataupun bermain "game" seperti Nik Shafini terutama selepas makan tengahari. Aku sudah menerima pelawaan untuk Rat Race bulan depan dengan syarat Firdaus juga turut dijemput untuk urusan tersebut. Dua tahun dahulu punyalah terhegeh-hegeh aku mendaftarkan diri tapi dilayan macam penagih dadah yang tiada duit untuk membeli heroin, dengan alasan ia hanya untuk golongan bangsawan seperti Syahril Pengampu dan Azam Orang Minyak. Namun bila asyik "frust menonggeng" melihat syarikat lain menang berganda sudah timbul bermacam-macam idea termasuk mengambil semula penagih dadah tersebut boleh juga dia membeli dadah cap ayam. Aku masih tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memasuki Rat Race kerana masih ada yang tidak suka golongan marhaen untuk turut serta dalam acara ini. Kagum aku dengan Marsha yang masih dalam kesakitan akibat pembedahan Selasa lepas beria-ia mahu menyertai Rat Race selepas pulang bercuti sakit selama sebulan, silap-silap mahu maknya datang mencari aku di sini kerana menyangkakan aku yang meracuni fikiran anaknya membuat kerja gila tersebut al-maklumlah aku memang cukup gila kalau bab-bab sebegini.

No comments: