Jika mahu tahu tingginya gunung tanyakan pada Si Enggang,
Jika mahu tahu tebalnya hutan tanyakan pada Pak Belang,
Jika mahu tahu panjangnya sungai tanyakan pada Sang memerang.
Saturday, July 28, 2007
Akhirnya Firdaus dikalahkan juga oleh Zack pagi tadi untuk larian 10 tingkat naik dan turun. Aku masih lagi mengalami sakit dada untuk larian jarak dekat tersebut namun berpuas hati dengan tempat ketiga dan yang penting Firdaus kalah untuk kali ini seperti yang dirancang oleh aku dan Zack boleh juga untuk dibuat modal mengutuknya hingga Hari Raya Puasa akan datang. Mujur juga Alfian semput di tangga ke 7 jika tidak sudah tentu Emerald berada di tangga ketiga, keputusan rasmi akan dikeluarkan isnin depan dan nampaknya untuk menjadi johan amat tipis. Ini kerana seperti biasalah sebagai seorang bintang cuma aku dan Zack sahaja turun kali ini yang hanya memungut 17 mata. Sebenarnya hari ini amat memenatkan kerana malam semalam terpaksa mengangkat segala hadiah yang dimenangi oleh syarikat aku disamping terpaksa mengangkat perut yang penuh dengan isi udang, daging, salad dan ais krim di Sheraton Subang. Namun itu semua sungguh berbaloi kerana bila bergandingan dengan Noryn setelah aku membuang gambar-gambar yang tidak perlu dikiri dan kanan, barulah aku perasan aku sangat-sangat sesuai dengannya.
Dari segi fizikal saya boleh berlari pada jarak sejauh 42.195 km dimana catatan peribadi terbaik ialah pada jarak 31.1km dengan catatan masa 2 jam 42 minit. Saya juga boleh berenang di kolam tanpa arus pada jarak 2.2 km di bawah 120 minit. Saya juga pernah berlari di atas gunung sejajar dengan Batang Rajang sejauh 11km dalam masa 1 jam 35 minit.
Dari segi akademik memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera bidang Pengajian Melayu (Universiti Malaya) dengan menyudahkan latihan ilmiah bertajuk “Jampi Mantera Dalam Persilatan Melayu”. Dalam bidang ikthisas memiliki Sijil dan Diploma Sumber Manusia yang dianugerahkan oleh Institut Sumber Manusia Malaysia serta Diploma Perguruan oleh Institut Perguruan Raja Melewar.
Sekarang bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di kawasan altitud tinggi di Cameron Highlands Pahang setelah berkhidmat di Belaga dan Selangau Sarawak.
No comments:
Post a Comment