Tuesday, October 30, 2007

Akhirnya setelah 3 purnama memesan dapur gas cap ayam daripada Indonesia sampai juga ia ke tangan aku dengan nilai 125 ribu rupiah. Aku rasa dapur ini menggunakan gas yang murah daripada dapur perkhemahan yang sedia ada dalam pasaran dan hanya sebesar 4 kotak rokok 20 batang. Sebenarnya sudah ada cubaan untuk mengimport dapur ini dari Indonesia namun tidak diluluskan mungkin takut melingkupkan taukeh besar yang mengimport dapur berjenama. Semenjak “miskin” menghabiskan wang untuk Honda NSR yang tercinta dan pembelian dapur cap ayam, aku mula berfikir ia adalah titik permulaan aku untuk memulakan perniagaan menjual Maggie goreng di “pantry” pada waktu rehat. Aku cuma perlu mengelak berniaga dengan Nik Shafini dan Kak Su jika tidak sudah tentu perniagaan aku akan lingkup dalam masa 3 hari.

Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang mahu menaikkan roti canai sebanyak RM0.20 akibat kenaikan tepung sekilo sebanyak RM0.15, patutlah mereka ini kaya kerana dengan kejamnya dapat untung lebih RM0.19 dengan penambahan kos RM0.01 untuk setiap keping roti walhal sebelum kenaikan sudah untung berganda. Tahniah juga kepada Restoran Syed kerana sudah berjaya menaikkan harga minuman Milo kepada RM2.20 hingga aku dan Zubir Playboy dan berazam untuk memboikot restoran tersebut tetapi rasanya tidak lama kerana tidak banyak permandangan yang “indah” boleh dinikmati di restoran lain.

3 comments:

shazanateh said...

milo rm2.20? sangat cekik darah ok! nasib baik i tak minum milo. hihiks!
but nescafee confirm price camtu gak kan?

Maswafi Abd Samat said...

Ha..haa...I pun tak minum Milo juga! walau naik setinggi macam mana pun satu hari i dan Zubir Playboy akan ke situ juga kerana permandangan awek-awek yang lawa di situ.

Harga Nescafe??? sekarang ni kat Syed Bangsar dah RM1.80 tapi kat kedai mak angkat aku baru je RM1.20 silap-silap kalau mengampu sikit orang tua tu dapatlah RM1.00, hee..hee..

Anonymous said...

ler minum milo tak ajak...