Akhirnya berjumpa juga aku dengan kampit terakhir minyak masak di kedai runcit mamak Porumni setelah beberapa hari mencarinya untuk dibuat cucur ikan bilis. Aku rasa ketiadaan minyak masak ini adalah angkara Khairy Jamaluddin yang tidak mahu membayar yuran perpindahan Azam Ab. Rahman dari Taman Desa ke syarikat minyak tersebut. Mungkin masalah itu akan selesai apabila Azam menjadi “orang minyak” di situ rabu depan. Tempahan pulut pelangi dan rendang daging untuk Azam pada pagi selasa depan telah dibuat tetapi hanya untuk 30 orang pertama kerana “budget” aku dan Fadhli cuma untuk mengenakannya bukan untuk menjamu semua makhluk di sini. Cuma tinggal sedikit masalah aku dengan perisian Kaizen HR dari soal “data-base” masih belum selesai walaupun menjalankan projek “web base” itu akan dilancarkan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment