Saturday, May 12, 2007


Seharian semalam aku gagal menghubungi Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar untuk urusan permit Projek V2 yang dijadual bermula awal bulan jun ini, entahlah kenapa asyik awek robot itu sahaja yang menjawab panggilan aku, mungkin mereka semua sedang bercuti agaknya. Risau juga aku dibuatnya semasa latihan 10km pagi tadi ternyata lutut kiri aku masih tidak berkemampuan untuk dilanyak di G7 kerana sewaktu menaiki tangga Tasik Perdana ternyata aku mengengkang seperti pengantin baru yang baru dikerjakan oleh suaminya. Aku terpaksa merehatkan semua aktiviti gunung sehingga Projek V2 berlangsung untuk memastikan Zafrul tidak meninggalkan aku di sini sedangkan dia bersuka-ria mencipta rekod baru, kerana tadi sudah ada cubaan untuk menyingkirkan aku bila Zafrul cuba mengajak Stephanie yang merupakan Ironwoman Malaysia itu ikut serta walaupun kuota sebenarnya sudah penuh, mujur juga dia sibuk dengan aktiviti triathlonnya. Hari ini syarikat induk aku mengadakan Hari Keluarga di Sunway Lagoon sementara aku pula bekerja di pejabat menghabiskan Borang A, KWSP yang ditulis tangan. Aku memang tidak mendaftarkan diri untuk tujuan tersebut kerana merasakan tidak selesa dengan jumlah lebih 14 ribu keluarga kakitangan itu belum ditambah dengan kehadiran orang luar selepas pukul 2 petang.

Posted by Picasa

No comments: