Kali ini Nuang mahukan korban pula bila Zafrul yang berada di sana menghubungi aku petang semalam apabila pasukan penyelamat penuh di sana mengeluarkan mayat lelaki yang lemas apabila "disedut" di air terjun sebelum Kem Lolo. Zafrul sedang menumpukan latihan V2 di Nuang atau lebih tepat mungkin untuk menyingkirkan sesiapa yang difikirkan “tidak perlu”. Aku sekarang ini harus melupakan gunung langsung hingga projek V2 kerana mahu menaiki tangga setingkat pun sudah terasa sakit pada lutut kiri. Tetapi untuk berlari 15km New Balance Run semalam di Padang Merbok langsung tiada membawa masalah pada lutut aku. Suhu di jalan Bukit Tunku pada pukul 7.19 adalah 24 celcius suhu yang sangat sesuai dan baik kepada semua pelari. Tetapi tekak aku sentiasa kering seperti berlatih dibulan puasa hingga membuat aku hilang 50 peratus tenaga walaupun baru melangkah 7km hinggakan Pak Long berumur 60 tahun menjual nasi dagang pun boleh memotong aku termasuklah apek yang menjual aiskrim itu dan nyonya menjual sayur kangkung. Jika Pacesetters mentakrifkan 60 minit untuk “elite runners” dan 70 minit untuk “fast runners” maka aku termasuk dalam kategori ketiga iaitu “cap ayam runners” dengan masa 90 minit di dalam kelompok 350 terburuk berbanding dengan Sham dan Farid dikedudukkan 209 dan 232 walaupun masa aku cuma 11 dan 10 minit berbeza dengan mereka. Oleh kerana aku tidak dilahirkan “gifted” seperti orang lain, untuk mendapatkan tempat kelompok 100 terbaik bermakna aku perlu mengadakan latihan 10km setiap hari sebelum hari pertandingan tetapi mustahil dengan kecederaan lutut kiri dan kesibukan mengumpul harta kekayaaan. Kali ini aku berseorangan kerana Pacesetters mengenakan bayaran RM40.00 suatu harga yang agak tidak masuk akal walaupun di atas nama kebajikan dan sebenarnya aku sendiri pun tidak mendaftar dan berlari tanpa nombor kerana akalku yang waras berkata lebih baik wang itu diguna pakai apabila dipau oleh Nik Shafini dan Kak Su di D’ Kerisik. Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal aku rasa mereka berjaya mengumpulkan lebih 2000 orang peserta kerana ketaksuban kepada kelab mereka dan untuk itu aku memberi mereka 4 bintang termasuklah trek berbukit gred A, keselamatan, power bar drink, milo, gula-gula, tembikai, bubur nasi dan cendol walaupun aku langsung tidak membayar apa-apa!.
No comments:
Post a Comment